Peribahasa Warisan muncul di Berita pada 18 Jun 2012. PERIBAHASA WARISAN adalah aplikasi iPhone untuk semua pelajar-pelajar sekolah. Ia amat mudah digunakan sebagai bahan rujukan menjelang peperiksaan atau semasa mengulangkaji. Koleksi peribahasa ini disusun supaya mudah dibaca dan difahami oleh setiap pelajar. Setiap peribahasa terdapat erti yang terperinci supaya pelajar dapat memahaminya lebih dalam maksud peribahasa itu. Penguna hanya perlu menekan hanya satu butang sahaja untuk membaca dan memilih senarai peribahasa-peribahasa yang disediakan. PERIBAHASA WARISAN yang menghimpunkan lebih 500 buah peribahasa Melayu pilihan, hasil ciptaan nenek moyang kita itu, telah disusun menurut abjad dan diberi huraian berdasarkan beberapa aspek tertentu. Dengan demikian dapatlah kiranya dihayati dan difahami serta diyakini oleh para pencinta warisan budaya lama ini, dari segi nilai seni bahasanya mahupun dari segi nilai moral dan falsafahnya yang tersirat di dalam peribahasa itu; khususnya kepada generasi hari ini yang dirasakan semakin kurang mendampinginya dan tidak bermesra lagi dengan peribahasa-peribahasa tersebut sebagai salah satu cabang sastera Melayu. Aplikasi Peribahasa Warisan ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang berguna untuk para pelajar membawanya bersama atau semasa perjalanan ke sekolah. Dengan cara ini amat berkesan dan boleh meningkatkan minda para pelajar. Muat turung sekarang dari Apple Store. |
From:
PeribahasaWarisan
Views:
1
0
ratings | |
Time: 02:13 | More in Education |
Peribahasa Warisan @ Berita
Subscribe to Applenews247.Com Newsletter